Isnin, 21 Mac 2011

Kuih cucur badak

Kuih cucur badak merupakan sejenis kuih tradisional Melayu yang lazat rasanya.

Bahan-Bahan:

  1. 600 gm keledek
  2. 2 cawan tepung gandum
  3. minyak secukupnya

Bahan inti:

  1. ½ biji kelapa parut
  2. 3 sudu besar udang
  3. 8 ulas bawang merah
  4. 3 batang serai 10 biji cili kering
  5. ½ sudu teh ketumbar
  6. ¼ sudu teh jintan manis
  7. ¼ sudu teh jintan putih
  8. ¼ sudu teh kunyit
  9. minyak masak
  10. garam
  11. 2 cawan air

Cara membuatnya

Untuk inti, cili kering, ketumbar, jintan manis, jintan putih, serai, bawang merah, kunyit dan udang dikisar lumat. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali kemudian tumiskan bahan-bahan yang dimesin ini hingga kekuningan. Kemudian masukkan kelapa parut, air dan sedikit garam. Kacau hingga sebati. Setelah masak, angkat dan sejukkan. Untuk kulitnya, rebus keledek hingga empuk. Setelah masak, angkat dan tuskan. Buang kulitnya dan lecek hingga lumat. Masukkan tepung dan uli hingga sebati. ambil sejemput adunan dan leperkan. Masukkan inti di tengahnya dan tutup kembali adunan tadi. Buat sehingga selesai. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng cucur badak hingga berwarna coklat muda. Setelah itu, angkat dan hidangkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan