Selasa, 22 Mac 2011

Kuih tepung pasung

Kuih tepung pasung merupakan kuih kegemaran di pantai timur. Ia sedap dimakan pada waktu pagi atau petang. Tepung Pasong diperbuat daripada tepong beras dan mempunyai inti. Ia diletakkan kedalam acuan berbentuk kon yang dibuat dari daun pisang.


 

Ketupat palas

Ketupat palas atau ketupat pulut ialah ketupat yang menggunakan daun pokok palas sebagai pembungkusnya. Berbeza dengan ketupat daun atau ketupat nasi ialah dari segi bentuk, saiz, penggunaan daun untuk membalut dan beras. Ketupat daun atau ketupat nasi, dianyam berbentuk empat segi ataupun berbentuk bawang yang menggunakan daun kelapa. Bentuk ketupat palas pula berbentuk tiga segi. Penggunaan beras sebagai isi atau inti ketupat juga berbeza. Beras yang digunakan untuk ketupat palas ini ialah beras pulut, manakala isi ketupat daun menggunakan beras nasi, iaitu beras yang digunakan sebagai makanan harian.
Di kalangan penduduk utara Semenanjung Malaysia, sekiranya ikatan dan balutan ketupat palas yang kemas dan tidak kemas dapat membezakannya iaitu ada jantan dan betina. Ketupat palas jantan mempunyai isi atau pulut lebih dibahagian akhir balutan, serta ikatan dan balutannya yang kemas. Manakala, ketupat palas betina, saiznya kecil dan tidak mempunyai isi atau pulut lebih dibahagian ikatan atau balutan, serta tidak mempunyai ikatan dan balutan yang kemas. Namun, ini hanyalah sebagai satu gurauan atau sendaan sahaja, agar balutan yang dibuat supaya kemas, rapi dan mengikut tradisi. Cara pemasakan ketupat palas atau ketupat pulut, boleh dilakukan secara kukus ataupun rebus.
Ia enak dimakan dengan rendang ayam mahupun rendang daging.

Kuih gulung

Kuih gulung atau juga dikenali sebagai kuih ketayap merupakan sejenis kuih tradisi yang popular di Malaysia. Ia merupakan sejenis kuih adalah sejenis kuih berinti. Ia merupakan sejenis kuih yang terdiri daripada kulit nipis bulat dan diletakkan inti yang diperbuat daripada nyiur muda dan gula Melaka/nisan di dalamnya.

Nama

Kuih gulung kemungkinannya disebabkan cara membuatnya di mana kulit luar kuih digulung pada inti. Nama lainnya kuih ketayap pula disebabkan rupa kulit luarnya yang seperti ketapay sebelum digulungkan bersama init dalam.

 Penyebaran

Kuih gulong ini adalah popular diseluruh Malaysia. Ia banyak dibuat, dan ada dijual di mana-mana sahaja, dan tidak perlu ditempah lebih awal.

Dalam budaya popular

Kuih Gulung / Ketayap.
Kuih ketayap popular dikalangan golongan muda sebagi makanan harian kerana ia merupakan sejenis kuih yang enak dimakan. Biasanya lapisan plastik digunakan bagi mengalas kulit luar yang melekit bagi mengelak terkena pada jari orang yang memakannya.