Isnin, 21 Mac 2011

Kuih cucur badak

Kuih cucur badak merupakan sejenis kuih tradisional Melayu yang lazat rasanya.

Bahan-Bahan:

  1. 600 gm keledek
  2. 2 cawan tepung gandum
  3. minyak secukupnya

Bahan inti:

  1. ½ biji kelapa parut
  2. 3 sudu besar udang
  3. 8 ulas bawang merah
  4. 3 batang serai 10 biji cili kering
  5. ½ sudu teh ketumbar
  6. ¼ sudu teh jintan manis
  7. ¼ sudu teh jintan putih
  8. ¼ sudu teh kunyit
  9. minyak masak
  10. garam
  11. 2 cawan air

Cara membuatnya

Untuk inti, cili kering, ketumbar, jintan manis, jintan putih, serai, bawang merah, kunyit dan udang dikisar lumat. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali kemudian tumiskan bahan-bahan yang dimesin ini hingga kekuningan. Kemudian masukkan kelapa parut, air dan sedikit garam. Kacau hingga sebati. Setelah masak, angkat dan sejukkan. Untuk kulitnya, rebus keledek hingga empuk. Setelah masak, angkat dan tuskan. Buang kulitnya dan lecek hingga lumat. Masukkan tepung dan uli hingga sebati. ambil sejemput adunan dan leperkan. Masukkan inti di tengahnya dan tutup kembali adunan tadi. Buat sehingga selesai. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng cucur badak hingga berwarna coklat muda. Setelah itu, angkat dan hidangkan.

Cara berlauk

Kuih cara berlauk merupakan sejenis kuih yang dibuat daripada tepung gandum dengan inti daging. Cara membuatnya mencerupai kuih cara tetapi terdapat tambahan inti/lauk daging di atasnya.
Tambahan daging dan rempah menjadikannya agak pedas tetapi enak dimakan. Bagaimanapun inti daging pada bahagian atas ini menjadikannya tidak tahan lama dan perlu dimakan pada hari yang sama. Kuih cara berlauk tidak tahan disimpan pada suhu bilik, dan hanya tahan 2 hari dengan disimpan dalam peti sejuk.

Nama

Kuih cara berlauk digelar sedemikian kerana ia menyamai kuih cara tetapi mempunyai inti daging / lauk.

 Penyebaran

Kuih cara berlauk banyak dibuat dan dijual di Malaysia. Ia biasanya banyak dijual secara harian dan tidak perlu ditempah lebih awal.

Dalam budaya popular

Kuih cara berlauk amat digemari sebagai juadah minum petang.

Kuih cara berlauk.

 Resepi

 Bahan-bahan

  1. 1/2 kg tepung gandum
  2. 1/2 kg daging kisar
  3. 1 sudu besar rempah kari daging
  4. 1 labu bawang besar dihiris halus
  5. 1 biji kelapa diperah santannya
  6. 1/2 liter air
  7. 1 biji telur
  8. 2 tangkai cili merah dimayang
  9. 1 tangkai daun sup dihiris halus
  10. 1 tangkai daun bawang dihiris halus
  11. 4 sudu besar minyak masak
  12. garam dan gula secukup rasa

 Cara penyediaan

Panaskan minyak dan tumis bawang. Bila layu masukkan rempah kari daging dan sedikit air. Kemudian kacau hingga pecah minyak. Masukkan daging dan kacau hingga masak.Angkat dan sejukkan. Bancuh tepung gandum dan santan dan kacau hingga sebati. Masukkan gula dan garam dan kacau lagi supaya tidak berketul. Biarkan adunan cair sedikit. Dengan menggunakan api yang kecil, panaskan acuan kuih cara yang telah disapu minyak. Kemudian tuangkan adunan tepung ke dalamnya. Taburkan daging, daun bawang, daun sup, dan hirisan cili merah ke atasnya dan tutup. Biarkan sehingga masak.

Bengkang berkuah

Kuih bengkang berkuah merupakan sejenis kuih tradisional di Malaysia. Bengkang berkuah merupakan sejenis kuih yang dibuat daripada tepung beras dicampur dengan telur dan dimaasak dalam bekas tembaga.
Bengkang biasanya dibuat tawar dan dimakan bersama kuah. Terdapat dua jenis kuah bengkang, iaitu kuah mentah yang diperbuat daripada santan, dan kuah manis.

Asal

Sarang acuan traditional membuat kuih bengkang.
Kuih bengkang merupakan nama umum sejenis kuih. Kuih bengkang berkuah telah lama dihidangkan dalam tradisi masyarakat Melayu.

 Nama

Kuih bengkang berkuah digelar sedemikian bagi membezakan bengkang berkuah dengan bengkang jenis lain. Penyebaran
Kuih bengkang berkuah lebih popular di pantai timur Malaysia. Ia banyak dibuat, dan ada dijual di harian secara meluas dan tidak perlu ditempah lebih awal.

Dalam budaya popular

Kuih bengkang berkuah kurang diminati dikalangan golongan muda sebagi makanan harian kerana ia berkuah dan dianggap leceh untuk dihidang dan dimakan. Kuahnya yang melekit menyebabkan seseorang itu terpaksa berhati-hati ketika memakannya, dan perlu membasuh tangan selepas memakannya.

Kuih batang buruk

Kuih batang buruk merupakan sejenis kuih tradisi yang popular di Malaysia. Ia merupakan sejenis kuih yang dibuat daripada tepung gandum dicampur dengan tepung beras dan tepung kelapa yang diuli buat menjadi doh dan dibentuk membentuk silinder bulat berongga, dan disi dengan serbuk kacang hijau yang di goreng.

Nama

Nama kuih batang buruk kemungkinannya disebabkan dari rupanya yang berbentuk batang pokok tetapi diselitupi dengan serbuk kacang hijau menjadikannya seperti kayu buruk. Dari rupanya, ia digelar batang buruk. Semasa membentuk doh, biasanya batang daun betik digunakan bagi membentuk doh silinder.

 Penyebaran

Kuih batang buruk ini adalah popular diseluruh Malaysia. Ia banyak dibuat, dan ada dijual di mana-mana sahaja pada musim perayaan seperti seperti Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidil Adha, dan tidak perlu ditempah lebih awal.

 Dalam budaya popular

Kuih batang buruk kurang diminati dikalangan golongan muda sebagi makanan harian kerana ia merupakan sejenis kuih yang manis. Tepung kacang hijau yang digunakan bagi menyalut bahagian luarnya juga melekit pada jari orang yang memakannya, dan mudah lerai menyebabkan seseorang itu terpaksa berhati-hati ketika memakannya, dan perlu membasuh tangan selepas memakannya.

 Resepi

 Bahan Kulit:

  1. 400g tepung gandum
  2. 200g kelapa parut putih, digoreng keperangan, biar sejuk & kisar halus
  3. 2 camca tepung beras
  4. 1 biji telur - dipukul
  5. 2 camca serbuk penaik
  6. garam secukupnya
  7. 4 camca marjerin
  8. air secukupnya
  9. minyak untuk menggoreng

 Bahan Inti:

  1. 200g kacang hijau
  2. 180g gula kaster
Penyedian inti: Kacang hijau digoreng tanpa minyak hingga berbau harum. Bila sejuk, kisar dengan gula hingga hancur, ketepikan.

 Penyedian

Gaul tepung, kelapa goreng, tepung beras, telur, serbuk penaik, garam dan marjerin hingga sebati. Masukkan air dan uli menjadi doh. Tutup dengan kain lembab dan perap selama 30 minit. Ambil sedikit, canai hingga nipis. Kemudian potong lebar anggaran 2cm (panjang 3.5-4cm). Lilit di sekeliling pelepah daun betik kemudian tanggalkan. Doh mesti keras sedikit agar gulungan tadi kekal bentuknya. Goreng di dalam minyak panas hingga keemasan. Bila sejuk, sumbat dengan inti.