Isnin, 21 Mac 2011

Kuih batang buruk

Kuih batang buruk merupakan sejenis kuih tradisi yang popular di Malaysia. Ia merupakan sejenis kuih yang dibuat daripada tepung gandum dicampur dengan tepung beras dan tepung kelapa yang diuli buat menjadi doh dan dibentuk membentuk silinder bulat berongga, dan disi dengan serbuk kacang hijau yang di goreng.

Nama

Nama kuih batang buruk kemungkinannya disebabkan dari rupanya yang berbentuk batang pokok tetapi diselitupi dengan serbuk kacang hijau menjadikannya seperti kayu buruk. Dari rupanya, ia digelar batang buruk. Semasa membentuk doh, biasanya batang daun betik digunakan bagi membentuk doh silinder.

 Penyebaran

Kuih batang buruk ini adalah popular diseluruh Malaysia. Ia banyak dibuat, dan ada dijual di mana-mana sahaja pada musim perayaan seperti seperti Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidil Adha, dan tidak perlu ditempah lebih awal.

 Dalam budaya popular

Kuih batang buruk kurang diminati dikalangan golongan muda sebagi makanan harian kerana ia merupakan sejenis kuih yang manis. Tepung kacang hijau yang digunakan bagi menyalut bahagian luarnya juga melekit pada jari orang yang memakannya, dan mudah lerai menyebabkan seseorang itu terpaksa berhati-hati ketika memakannya, dan perlu membasuh tangan selepas memakannya.

 Resepi

 Bahan Kulit:

  1. 400g tepung gandum
  2. 200g kelapa parut putih, digoreng keperangan, biar sejuk & kisar halus
  3. 2 camca tepung beras
  4. 1 biji telur - dipukul
  5. 2 camca serbuk penaik
  6. garam secukupnya
  7. 4 camca marjerin
  8. air secukupnya
  9. minyak untuk menggoreng

 Bahan Inti:

  1. 200g kacang hijau
  2. 180g gula kaster
Penyedian inti: Kacang hijau digoreng tanpa minyak hingga berbau harum. Bila sejuk, kisar dengan gula hingga hancur, ketepikan.

 Penyedian

Gaul tepung, kelapa goreng, tepung beras, telur, serbuk penaik, garam dan marjerin hingga sebati. Masukkan air dan uli menjadi doh. Tutup dengan kain lembab dan perap selama 30 minit. Ambil sedikit, canai hingga nipis. Kemudian potong lebar anggaran 2cm (panjang 3.5-4cm). Lilit di sekeliling pelepah daun betik kemudian tanggalkan. Doh mesti keras sedikit agar gulungan tadi kekal bentuknya. Goreng di dalam minyak panas hingga keemasan. Bila sejuk, sumbat dengan inti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan